SK BERTAM INDAH OFFICIAL WEBSITE

SEKOLAH TERBAIK PARLIMEN KEPALA BATAS DALAM PENCAPAIAN UPSR

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Bertam Indah

Sekolah Kebangsaan Bertam Indah telah dibuka pada 17 Februari 2003. Dibina di atas tapak seluas 5.54 ekar dan keluasan padang 2.50 ekar. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai seramai 281 orang murid lelaki dan perempuan dan mempunyai 30 buah bilik darjah. Tenaga pengajar pula hanya 19 orang.

Pada permulaannya, sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Taman Bertam, kemudian ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Pada tahun 2004, jumlah murid yang memasuki sekolah ini meningkat kepada 656 orang dengan tenaga pengajar seramai 34 orang di samping staf bukan guru seramai 2 orang. Pada tahun 2005, jumlah murid meningkat kepada 950 orang sementara tenaga pengajar pula seramai 50 orang.

Jumlah murid yang memasuki SKBI terus meningkat kepada 1032 orang pada tahun 2006, menjadikan jumlah guru yang mengajar di sekolah ini seramai 57 orang. Manakala pada tahun 2007, jumlah murid bertambah kepada 1161 orang dan jumlah guru pula seramai 62 orang. 

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bertam Indah beroperasi secara 2 sesi di mana sesi pagi menematkan pelajar tahun 4, 5 dan 6 sahaja manakala di sebelah petang pula pihak sekolah menempatkan pelejar tahun 1, 2, dan 3. Jumlah pelajar pada 31 Januari 2009 adalah seramai 1282 orang.

VISI PERTAMA SEKOLAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bertam Indah akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan gemilang dalam semua bidang di peringkat Daerah Utara menjelang 2010

PIAGAM SEKOLAH

Bahawa kami warga SK Bertam Indah berjanji untuk memberi pendidikan yang sempurna ke arah kecemerlangan melalui pendekatan berikut:

Murid
- Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan
- Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil
- Memastikan murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa,sebulan sebelum sesi persekolahan berakhir
- Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibu bapa

Guru
- Memastikan setiap guru mengajar mengikut opsyen masing-masing
- Memastikan guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing tanpa sebarang halangan dan berkhidmat dengan penuh dedikasi
-Memastikan kebajikan guru tidak diabaikan
Waris
- Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra
- Segala aduan akan disiasat dan maklum balas tidak lebih daripada tiga hari bekerja

Kementerian Pelajaran
- Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak kementerian pelajaran diambil tindakan slewat-lewatnya 2 hari selepas surat arahan diterima
- Sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa dengan Guru Besar atau hubungi talian 04-.5791379

MISI PERTAMA SEKOLAH

Untuk merealisasikan VISI , kami akan memastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya melalui usaha meningkatkan kecemerlangan.

A. Berusaha meningkatkan pencapaian akademik para pelajar ke tahap maksima.
B. Mengamalkan budaya ilmu dalam kehidupan seharian.
C. Mengamal dan menerapkan budaya penyayang.
D. Memastikan keadaan persekitaran sekolah sentiasa selamat.

LAGU SEKOLAH

Tersergam indah sekolahku,

Di sinilah kami menjana minda,
Sekolah Kebangsaan Bertam Indah,
Cerdas minda mencipta lagenda,

Berilmu, beramal, berbakti,
Itulah cogan kami,
Berbekal semangat jatidiri,
Dengan wawasan yang suci,

SK Bertam Indah cemerlang,
Kami warga gemilang,
Pemangkin rakyat terbilang,

Selamanya namamu dijulang.
 

 

 

MAKLUMAT SEKOLAH

Kod Sekolah : PBA2034

Negeri : Pulau Pinang

Daerah : Seberang Perai Utara

PPD : Seberang Perai Utara

Gred Sekolah : B

Jenis Sekolah : Harian

Jenis Murid : Lelaki / Perempuan

Jenis bantuan : Bantuan Penuh

Sesi : Pagi

Kategori Sekolah : Bandar

Waktu Operasi : 7.40 pagi – 1.40 petang

VISI 2010

Sekolah Kebangsaan Bertam Indah akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan gemilang dalam semua bidang di peringkat kebangsaan menjelang 2015

MISI 2010

Memberi pendidikan terbaik kepada semua murid bagi melahirkan modal insan yang berkualiti melalui pendekatan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan